Monday, July 6, 2009

Sambungan isu-isu semasa....

Aku agak sibuk kebelankangan ini untuk membuat susulan komentar isu semasa...Alhamdulillah di dalam masa tersebut cerita UG ini termati dengan sedirinya walupun UBN nampak tidak berpuas hati. Bolehlah rakyat marhaen berehat sekejap.

Rupa-rupanya betul-betul sekejap. Ni timbul pula hal Pemuda nak berdialog dan BABI di Kedah. Betul la BABI tak habis-habis, H1N1 pun tak reda lagi dah timbul pula pusat sembelih haram.

KES BABI
Aku kira di dalam hal ini DAP dah over reacting. Takanlah pasal kandang haram pun nak tunjuk jaguh. Tak matang langsung. banyak sudah dikomen orang jadi ada baiknya YB Lee berlapang dada. Dah la rumah sembelih haram... persendirian pula tu. Ada apa-apa ke YB?

Isu ni cukup mudah, isu kebersihan, isu alam sekitar bukan isu perkauman. Yang DAP Kedah dok sibuk heret cerita nak runtuh tokong & kuil ni apa pula. Dah jumpa YAB Ustaz Azizan ka? Kata media putar alam tapi hangpa yang dok bagi kenyataan media. Apa ra......


DIALOG PEMUDA PAS UBN

Ni satu lagi... tak habis-habis nak komunikasi dengan UBN. Kami orang bawah ni letih dah... cukup la dulu isu ni disejukkan. Awat tak berdialog dengan DAP... tajuk dia Benarkah DAP parti perkauman Cina ka? DAP anti Islam ka? tak pun dengan PKR pasai halatuju AMK... dan banyak lagi.

Hang pa dah tau UBN macam tu yang hang pa pi dok buat kalut buat apa. Ni cerita pi berdebat dengan Razali Ibrahim di kantin parlimen tu ingat semua orang tau. Orang tak tau la niat dan motif Pemuda PAS pasai dialog ni lagipun timing out bro... Rakyat Marhaen tak mau dengaq pasai dialog ka UG ka muzakarah ka apa-apa lagi yang berkaitan dengan UBN. Kamu pimpinan dah cukup mengelirukan jangan dok buat keliru lagi... nanti ramai lari tak kembali kau yang gigit jari.

Di dalam hal ni aku sokong Dato Tuan Guru pengerusi JK Disiplin PAS yang bertegas akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang masih gian dengan UG atau seumpamanya... patut-patutnya Pemuda PAS dihadapakan ke Lembaga Disiplin PAS kerana menggugat keharmonian ahli-ahli PAS. Aku suka untuk mencadangkan dimulai dengan ketua Pemuda PAS... memang tak tau malu la UMNO hantar timbalan saja.... hampa yang terhegeh-hegeh lebih.

Errr betoi ka dengarnya sejak jadi ketua Pemuda PAS dah dua kali tak jadi meeting Pemuda Pakatan Rakyat harap harapnya tak betoi la.

.... LU PIKIR LA SENDIRI

Taman Marina Tunku Abdul Rahman



Wooooooo...... cantiknya...

Alhamdulillah aku berkesempatan ke Kota Kinabalu pada 26-29 Jun yang lalu... pergi mesyuarat. Sambil-sambil tu ambil kesempatan ronda-ronda KK, Kota Belud dan yang terindah TAR Marine Park.

Dah banyak kali aku ke KK tapi kali ni baru dengar-dengar pasal TAR marine park ni. Apalagi aku dengan dua orang rakan pun naik bot laju ke sana lebih kurang 15 minit dari KK sampai. Kami melawat 3 buah pulau saja Pulau Sapi, Palau Manukan dan Pulau Mamutik. walaupun dah banyak kali juga aku pergi bercuti aku mengaku Island Hoping di sini amat aku sukai.

Emmmm.... kalau ada rezeki Insya Allah aku bawa anak bini mai jalan sini.... best.